Wahai sekalian manusia!
Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari
diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya -
zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah
kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya,
serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
No comments:
Post a Comment